Saturday, 7 November 2015

Kelebihan Dan Kebaikan Berbasikal

Berbasikal adalah senaman kardio yang berimpak rendah. Ia boleh dilakukan secara bersantai bersama keluarga sama ada untuk melancong atau bersiar-siar sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Berbasikal mampu membakar 250-500 kalori dalam masa 30 minit bergantung kepada kelajuan dan tahap kesukaran semasa melakukanya. 

Berbasikal adalah baik untuk kesihatan anda antaranya adalah seperti berikut:

1. Mengurangkan berat badan apabila dilakukan secara teratur. Berbasikal meningkatkan penggunaan kalori dan meningkatkan kadar metabolisme, yang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan. 
2. Membaiki kawalan tekanan darah dengan 10/8 mmhg pada pesakit dengan tekanan darah tinggi (Jurnal Farmakologi Kardiovaskular, 1995).
3. Merendahkan kadar jantung berehat. Kadar jantung berehat tinggi telah dikaitkan dengan peningkatan kematian akibat serangan jantung dan peningkatan risiko kematian mengejut selepas serangan jantung pada individu sihat.
4. Menghalang penyakit jantung dan mengurangkan risiko strok.
5. Mengurangkan diabetes.
6. Mengurangkan kanser (contoh: Kanser usus)- Eropah Jurnal Epidemiologi,2000.
7. Mengurangkan kebimbangan, kemurungan dan tekanan.
8. Meningkatkan kekuatan otot.

Sumber:www.consumer.org.my 


No comments:

Post a Comment