Wednesday, 16 March 2016

Industri Pelancongan Negara


Industri Pelancongan Di Malaysia
1.0       Pengenalan                                                                                
Pembangunan sesebuah negara merupakan fokus utama dalam merealisasikan sebuah negara yang maju tidak terkecuali Malaysia yang sedang menuju kearah yang sama, pembangunan perlulah seiring sosial dan ekonominya yang menjadi teras kemajuan. Pihak Pentadbir negara sentiasa mencari peluang dan ruang bagi menerokai pelbagai bidang bagi menjana pendapatan negara antaranya dengan memperbanyakkan pelaburan dan sumber yang boleh membangunkan negara seperti bidang peladangan, perindustrian, dan lain-lain. Antara bidang yang meningkat permintaan adalah industri pelancongan yang mana telah menarik banyak pelancong dalam dan luar negara datang berkunjung ke Malaysia, dan merupakan penyumbang keenam kepada ekonomi Negara dengan sumbangan sejumlah RM 161 bilion atau 14.9 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) pada tahun 2014 (Berita Harian, 17 Oktober 2015), juga merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran wang asing. 
Saban tahun terdapat banyak program yang telah diatur bagi meningkatkan industri pelancongan negara, antaranya dengan memperbanyakkan pelbagai kempen promosi bagi memperkenalkan Malaysia terutama kepada negara luar dan menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara  yang menarik, selesa dan selamat di kunjungi, dengan keunikkan budaya dan masyarakat yang berbilang bangsa telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang memiliki kepelbagaian adat resam yang banyak untuk diterokai, merupakan daya tarikan utama kepada kedatangan pelancong asing, dengan masyarakat yang berbilang kaum ini telah memberi pengetahuan tinggi tentang adat resam yang dimiliki oleh setiap golongan etnik yang terdapat dalam negara seperti makanan, agama, kebudayaan dan cara hidup masyarakat. Antara golongan masyarakat yang utama terdapat di Malaysia adalah Melayu, Cina, India, Iban dan banyak lagi, disamping itu juga Malaysia merupakan negara yang memiliki sumber khazanah yang berharga seperti hutan tropikanya yang meluas disamping taburan hujan sepanjang tahun dan tidak mempunyai banyak musim.  

2.0       Definasi Pelancongan
            Industri Perlancongan merupakan sektor perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengunjung bertujuan sebagai destinasi yang menarik dilawati, kemudahan penginapan, pengangkutan dan selamat, perlanjutan pendidikan di institusi pendidikan dan lain-lain. Industri ini merupakan salah satu punca pendapatan negara, kegiatan yang dijalankan dalam industri ini sedikit sebanyak telah membangunkan aktiviti  ekonomi penduduk dan seterusnya kepada negara, terutamanya dengan kedatangan pelancong daripada luar negara menggalakkan pertukaran wang asing dan seterusnya mengukuhkan kedudukan nilai matawang negara, antara yang telah menarik kedatangan pelancong asing adalah terdapat banyak tempat-tempat yang yang menarik untuk dilawati, kemudahan prasarana pengangkutan yang mudah di dapati, serta Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian makanan terutama makanan halal yang menjadikan tarikan terutamanya pelancong Asia Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara.
Peningkatan dalam industri ini telah pun membawa banyak perubahan terutama dalam menjana pendapatan penduduk tempatan dan memperbanyakkan tempat yang berpontensi untuk dilawati serta membuka ruang kepada pengusaha kecil-kecilan ini bergerak aktif dalam menghasilkan pelbagai produk untuk dipasarkan, ini jelas terbukti banyak produk industri desa telahpun  banyak dipasaran dan ada juga telah dipasarkan keluar negara, ini disebabkan dengan memperkenalkan kepada pelancong luar negara telah menarik permintaan daripada kalangan mereka.  Dengan kestabilan keselamatan juga menjadikan Malaysia dipilih sebagai salah satu destinasi yang selamat untuk dilawati, ini menyakinkan mereka dan ada daripada kalangan mereka telah berulangkali berkunjung di Malaysia serta menjadikan sebagai negara sebagai rumah kedua bagi mereka selepas negara asal mereka serta telahpun membeli aset seperti rumah persinggahan ketika berada di Malaysia.
 
3.0       Tahap Pembangunan Industri Pelancongan
            Malaysia adalah salah sebuah negara yang kaya dengan sumber alam semulajadinya, ini telah menjadi tarikan bagi menerokai khazanah ada, dengan perubahan dan peningkatan ini telah mencetus perubahan yang ketara dalam penerokaan sumber yang ada seperti pembukaan tempat-tempat baharu seperti yang telah dilaporkan, sebuah gua yang baru ditemui di Taman Negara Mulu di Miri, Sarawak oleh penjelajah Bitain, Andy Avis, diberi nama "Conviction Cave (Gua Yakin) pada 15 Oktober 2015 (MStar, 17 November 2015) yang telah pun berusia 6 juta tahun, ini telah menjadikan daya tarikan baharu kepada pelancongan berkunjung dalam negara. Peningkatan pesat dalam ketibaan pelancong antarabangsa ke pasaran baru khususnya ke pasaran Asia dan Pasifik disebabkan oleh minat pelancong untuk meneroka destinasi baru dengan produk pelancong yang baru khususnya produk berasas alam sekitar dan warisan sejarah (Norlida Hanim Mohd Salleh 2010).  Malaysia merupakan sebuah negara yang terbentuk daripada negeri-negeri yang berada dibawah pentadbiranya yang mana telah memiliki kepelbagaian adat resam dan kebudayaan telah menarik lebih ramai pengunjung yang ingin mempelajari dan memahami adat resam yang ada dalam setiap negeri contohnya Negeri Sembilan yang terkenal dengan Adat Perpatih, adat Negeri Sabah yang memiliki tidak kurang dari tiga puluh etnik suku kaum dan begitu juga lain-lain negeri yang berbeza adat resamnya, dan juga berbilang bangsa dan agama telah menjadikan tarikan kepada pelancong untuk melihat dan merasai kepelbagai yang ada.
Kesan daripada perubahan peningkatan kadar pelancongan dalam Negara juga sedikit sebanyak telah mengalami pelbagai perubahan dalam Kebudayaan, Warisan, Penghasilan Produk Tempatan, Persisiran Pantai, keindahan pulau-pulaunya, Eko Pelancongan berupaya mewujudkan perubahan budaya dan sosial  tempatan termasuk sistem  nilai,  cara  hidup  tradisional,  hubungan  kekeluargaan,   perlakuan  individu  atau  struktur dan Agro Pelancongan diperkenalkan dan dinaik tarafnya contohnya dalam perubahan dengan mempelbagaikan penghasilan produk yang sedia ada penambahan pelbagai perisa dan penghasilan produk baharu, antara produk yang kian meningkat adalah penghasilan produk kesihatan ini didorong oleh sumber tumbuhan berpontensi, mengubati pelbagai penyakit dan agen meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik contohnya Pokok Kacip Fatimah, Tongkat Ali  dan banyak lagi yang mana dahulunya hanya diamalkan pada penduduk tempatan tetapi kini telah dipasarkan keluar negara.
Perubahan juga dapat dilihat dengan pertambahan penginapan telah dibina bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat jelas terbukti dengan peningkatan hotel-hotel telah dibina bukan sahaja pengusaha tempatan malah menarik kedatangan pelaburan asing turut serta dalam pembagunan sektor perhotelan ini, dengan ini telah memberikan pembangunan kepada penduduk tempatan disamping peluang pekerjaan yang boleh menampung perbelanjaan diri sendiri dan keluarga seterusnya menjurus kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat kepada yang lebih baik dan stabil. Terdapat juga pertambahan penginapan bagi pengunjung yang ingin merasai suasana desa seperti Inap Desa (Homestay) turut ditawarkan kepada pelancong yang ingin merasai kehidupan sebenar berada di kampung disamping itu turut dipenuhi dengan pelbagai program yang dapat mengetengahkan industri desa dan mendedahkan mereka kepada adat resam tempatan.
Selain itu juga, kemudahan prasarana juga turut meningkat ini bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang, contohnya peningkatan taraf jalanraya, penyediaan tempat bagi memasarkan barangan tempatan yang teratur, memperbanyakkan pengangkutan awam seperti pengangkutan bas, kereta sewa, kapal terbang, keretapi dan lain-lain. Pengangkutan yang dilihat perubahan yang ketara adalah keretapi yang mana ditambah baik kepada keretapi laju yang mana menghubungkan antara bandar diantara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Komuter, ETS dan Antarabandar (intercity). Selain itu juga bagi menggalakan pelancong luar memilih Malaysia sebagai detinasi pilihan, dengan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa yang terletak di daerah Sepang, Selangor, yang merupakan salah satu Lapangan Terbang yang terpenting di Asia Tenggara telah dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998.  
Peningkatan dapat dilihat dengan jurang sosial dan komunikasi yang semakin mengecil, disebabkan oleh kekerapan berkomunikasi selain darpada penduduk tempatan dan tahap pengetahuan yang meluas kepada dunia luar serta penguasaan lebih daripada satu bahasa ibunda dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang budaya dan masyarakat luar, seperti hampir keseluruhan penduduk yang terlibat dalam industri ini dapat menguasai bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris dengan baik, ini dapat memberikan keselesaan pelancong untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan. Selain itu juga pertambahan agensi-agensi pelancongan dapat dilihat dengan banyaknya, dapat memudahkan pelancong untuk melawat dari satu tempat ke destinasi yang lain .
Seterusnya pelancongan dapat menjaga kesan sejarah yang ada, kerana setiap peninggalan yang ditinggalkan dipelihara dan dijaga dengan rapi, antara negeri yang paling banyak kesan peninggalan sejarah adalah negeri Melaka, yang pada zaman kegemilangannya dahulu merupakan sebuah pelabuhan yang terpenting dan telah menerima banyak pedagang dari negara luar, dan bermulanya zaman kegemilangan tamadun orang melayu,  antara peninggalan yang masih utuh seperti Kota A-Famosa, Gereja-gereja contohnya  Gereja St. Peter, Gereja St. Paul dan lain-lain disamping itu juga monumen penting ini juga turut dibaik pulih dan di kekalkan seperti yang telah ditinggalkan bagi menarik pelancong lagi telah diselitkan dengan pelbagai kemudahan seperti kompleks membeli belah terutamanya hasil kraf tangan penduduk tempatan yang setiap negeri menerapkan nilai kebudayaan masing- masing.
Perubahan makin kian ketara dengan persaingan antara negara-negara lain ini boleh memberikan persaingan yang sihat dalam pembangunan negara.  Dalam era globalisasi kini,  banyak  negara  dunia berlumba-lumba  memajukan  industri  pelancongan  untuk tukaran wang asing yang lumayan (Mohd Mahathir Suhaimi b. Shamsuri 2013).
 
4.0       Kepentingan dan Sumbangan Industri Pelancongan        
            Satu daripada pelancongan menyumbang kebaikan sektor negara ialah kita dapat memperkenalkan negara Malaysia ke seantero dunia, dengan penglibatan Malaysia diperingkat antarabangsa seperti dengan penganjuran Sukan Komenwel, Perlumbaan Sukan Permotoran contohnya Formula 1 di Litar Sepang telah memberikan satu impak yang kuat ini bermakna Malaysia mampu menyediakan kemudahan dan prasarana yang terbaik untuk setiap acara, penganjuran ini telah meningkatkan lagi kadar kedatangan pelancong asing mengunjungi negara seterusnya pendapatan negara dapat dipertingkatkan melalui perbelanjaan mereka dan kadar pertukaran wang asing meningkat ini memberi rangsangan kepada pertumbuhan negara.
Perkembangan industri Pelancongan turut menjadi impak kepada pengeluaran produk tempatan dan memperbaharui produk yang sedia ada apabila permintaan tinggi telah melonjakkan taraf ekonomi tempatan dan seterusnya negara, dengan kepelbagaian hasilan tempatan juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada barangan luar negara contohnya produk batik yang telah mencetuskan perubahan dalam sektor pakaian yang dahulunya penggunaan hanya dihadkan dalam pemakaian harian sebagai kain sarung sahaja tetapi pada masa kini batik telah dikomperarikan dengan pelbagai guna serta memberikan kelainan batik Malaysia dengan batik negara jiran yang lain.  
Pembangunan dapat dilihat telah mengalami peningkatan terutama bagi penempatan luar bandar seperti kemajuan bagi kawasan yang jauh daripada bandar antaranya pulau-pulau dan kawasan peranginan yang lain, contohnya perubahan yang boleh dilihat seperti Pulau Langkawi yang lengkap dengan kemudahan seperti penginapan, terdapat banyak tempat-tempat yang menarik serta bersejarah dan kedudukan yang strategi serta memiliki pantai-pantai yang cantik dan bersih ianya juga turut terkenal sebagai syurga membeli belah, Pulau Langkawi menjadi pilihan  kerana  kepesatan  pembangunan  selepas  pulau  ini diisytiharkan  sebagai  pulau  bebas  cukai  pada  1987 (Suhaya Samad, Md Shafiin bin Shukor dan Norlida Hanim Mohd Salleh 7 – 9 Jun 2013) 

5.0       Halangan dan Cabaran Industri Pelancongan
            Antara cabaran yang dihadapi termasuklah persaingan dengan Negara ASEAN lain ini kerana cara hidup dan nilai kebudayaan yang hampir sama contohnya Negara Indonesia, cara hidup, adat resam, makanan, dan sumber alam yang hampir sama telah diperkenalkan kepada pelancong luar, dengan tercetusnya kesedaran oleh negara –negara jiran tentang perkembangan industri ini telah memberikan persaingan yang cukup hebat kepada Malaysia.
Selain itu juga faktor dalaman yang kian meruncing seperti pencemaran alam sekitar terutamanya kawasan pelancongan juga menyebabkan kurangnya pelancong datang melawat ini telah menimbulkan ketidakselesan pelancong dan mencacatkan pemandangan kawasan tersebut yang kotor dan berbau busuk  semuanya berpunca oleh kerana tahap kesedaran menjaga kebersihan tempat awam terutamanya adalah rendah dalam masyarakat, bagi mereka penjagaan kawasan awam diserahkan kepada bertangungjawab sahaja kiranya persepsi ini tidak dibuang akan merugikan kawasan tersebut, dengan peningkatan jumlah pengujung lebih menyukarkan pengurusan penjagaan kawasan jika tidak dilakukan secara bersama-sama.
Ketidakstabilan politik juga boleh menyebabkan pengurangan kadar pelancong berkunjung di Malaysia, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keselamatan terutama apabila tercetusnya perbalahan dalam masyarakat seperti yang telah berlaku apabila terdapat segelintir rakyat yang tidak berpuas hati dan menganjurkan perhimpunan bagi mendesak kerajaan yang sedia ada contohnya Perhimpunan BERSIH bermula 2007 seterusnya diajurkan pada tahun berikutnya, telah memberi pandangan yang kurang selesa kepada pelancong kerana bimbang kepada faktor keselamatan mereka. Dengan pendedahan daripada masyarakat luar yang kian ketara telah menyebabkan golongan jenerasi Y terutamanya kurang untuk mempelajari kebudayaan tempatan, boleh menjejaskan kelangsungan budaya yang telah sekian lama diamalkan oleh masyarakat dahulu, jenerasi kini tidak lagi berminat untuk mendalami dan mempelajarinya dan lebih terikut-ikutkan budaya barat, ini akan menjejaskan nilai kebudayaan pada masa hadapan yang mana menjadi tarikan tersendiri Malaysia.

6.0       Peranan kerajaan dalam Pembangunan Industri Pelancongan
            Pelbagai program-program yang telah diatur dalam pentadbiran kerajaan untuk membangunkan industri pelancongan, dibawah pengurusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, ini dapat mengawal dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan lebih teratur dan rapi. Perancangan telah diaturkan mulai awal tahun lagi setiap program dapat dilihat melalui laman sesawang kerajaaan, yang telah melibatkan keseluruhan negeri-negeri antaranya Majlis Rumah Terbuka bagi setiap jenis perayaan yang diraikan dalam negara, pada peringkat kebangsaan, saban tahun negeri yang berlainan akan dipilih untuk menjadi tuan rumag ini memberikan peluang yang sama kepada setiap negeri-negeri. Disamping itu juga menganjurkan Program Pelancongan Pendidikan yang mana usahasama dengan institut pengajian tinggi di luar negara dengan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta untuk menarik lebih ramai pelajar asing untuk menyambung pengajian di Malaysia dibawah Pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi.
Usaha-usaha lain adalah dengan memperkenalkan Malaysia sebagai rumah kedua kepada pelancong, Agro Pelancongan menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian,perladangan serta penghasilan produk tempatan kepada para pelancong, agensi yang diberi tanggungjawab untuk membangunkan agropelancongan ialah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Selaian itu juga diperkenalkan Pelancongan Sukan dengan penganjuran sukan peringkat antarabangsa contohnya Powerboat, Le Tour De Langkawi dan sebagainya
Disamping usaha promosi dan penganjuran pelbagai acara, dipertingkatkan juga kemudahan yang sedia ada dan memperbanyakkan kemudahan lain, antaranya menyediakan infrastuktur bagi penjualan barangan tempatan dan membantu kemudahan mesin-mesin meningkatkan pengeluaran hasil tempatan serta membuat kajian dalam peningkatan sumber pengeluaran hasil tani dan pelbagaikan produk yang sedia ada, pihak kerajaan juga menjadi penasihat dalam pemasaran hasil dan mempromosikan barangan tersebut.    

7.0       Peranan Swasta dalam Pembangunan Industri Pelancongan
            Walaupun Pihak Kerajaan telah banyak memainkan peranan sebagai pentadbir tetapi peranan pihak swasta turut terlibat sama bagi menjayakan dan meningkatkan industri ini, dengan memperbanyakan promosi menawarkan pakej-pakej penginapan yang murah beserta dengan makanan tradisional, agar berjaya menarik minat menginap di hotel-hotel tersebut. Terdapat syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej yang lengkap yang mana menyediakan khidmat pemandu pelancong, pengangkutan dan kemudahan penginapan yang selesa kepada pengunjung, bagi memudahkan perancangan percutian pelancong yang datang.
Syarikat Pengangkutan juga menawarkan pakej-pakej yang menarik seperti yang telah dilasanakan bagi Syarikat Penerbangan Air Asia yang telah kerap mempromosikan penerbangan tambang murah dan dapat mengurangkan kos pengangkutan pelancong yang ingin mengunjungi Malaysia. Selain daripada itu juga, perkhidmatan baru yang diperkenalkan adalah dalam bidang kesihatan yang mana hospital-hospital swasta yang berpontensi tinggi menawarkan perkhimatan penjagaan kesihatan seperti yang semakin mendapat permintaan daripada pelancong luar negara dalam perubatan pergigian.
Pihak bank – bank dalam negara banyak memainkan peranan, menyediakan pinjaman kepada pengusaha-pengusaha penginapan murah, pengusaha tempatan memperolehi sumber dana, untuk memulakan perniagaan yang diusahakan begitu juga pertambahan sumber modal untuk membesarkan perniagaan mereka.  


0.8       Penutup
            Bersama-sama lah kita berusaha meningkatkan sosial dan ekonomi negara agar kelangsungan daripada kestabilan ini akan terus dipelihara bagi membentuk modal insan yang berjaya tidak mengira sama ada berada dalam Sektor Kerajaan mahupun Sektor Swasta semua bergerak dan bertindak atas satu tujuan yang sama.  Demi menjaga khazanah yang ada tidak seharusnya menuding jari kepada satu pihak sahaja kerana mengekalkan nilai kebudayaan  adalah tanggungjawab bersama sekiranya nilai ini tidak diterapkan kepada jenerasi hadapan maka hilanglah seni warisan yang telah diwarisi kepada kita, yang menjadi tarikan dan keunikan masyarakat Malaysia dan juga memelihara pembagunan yang telah disediakan oleh kerajaan.
Sebagai anggota masyarakat semuanya mempunyai tanggungjawab menjaga dan memelihara apa yang kita miliki dapat dikekalkan pada masa hadapan. Setiap perubahan yang dibawa seharusnya sejajar dengan nilai pegangan dan kebudayaan masing-masing dan tidak hanyut ditelan harus kemodenan.
 
Rujukan
v     Norlida Hanim Mohd Salleh 2010                                                
v    Mohd Mahathir Suhaimi b. Shamsuri 2013 (Strategi Pembangunan Program Homest Kampung Kangkar Merlimau)
v     Suhaya Samad, Md Shafiin bin Shukor dan Norlida Hanim Mohd Salleh 7 – 9 Jun 2013 (Impak  Pembangunan  Industri  Perlancongan  Kepada  Komuniti  di Pulau Langkawi)

Laman Web
v http://www.bharian.com.my/node/89720 (Berita Harian, 17 Oktober 2015)
v  http://www.motac.gov.my/en (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
v  http://www.epu.gov.my/pelancongan (Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri)


Monday, 16 November 2015

Abdominal exercises to burn fat, flatten your belly, and strengthen your core.



1. Bridge opposite arm-leg reach

Take inches off your waistline with this do-anywhere move from fitness expert and teacher Jessica Smith.

a. Lie face up with your left knee bent, left foot flat on the floor, and right leg extended toward the ceiling. Reach toward the ceiling with your the left arm and keep your right arm down by your side.

b. Without moving your hips or shoulders, open your raised leg to the right and raised arm to the left. Now, concentrating on your abs, return your raised leg and arm to the center. Do 10–12 reps, then switch sides and repeat.


2. A new kind of crunch

Try this two-in-one abs-and-obliques move from David Barton Gym owner David Barton. 

Here's how: Sit so thighs and upper torso form a V shape, with lower legs crossed and lifted.

Hold a 5-pound medicine ball (or dumbbell) between both hands. Swivel left to right and back, bringing ball across body while maintaining the V shape.

3. Get more from your core
You'll get more from your Pilates, yoga, or core-focused moves—meaning a slimmer, flatter belly—by following these tips:

•Move from your waist. Whenever you twist, make sure the movement happens from your bottom rib up. Keep hips still.
•Tighten up. Throughout each move, you should feel a tightening, similar to zipping up a pair of tight jeans, from one hip bone to the other.
•Exhale deeply. To help strengthen your abs and protect your lower back, be sure to exhale thoroughly with every breath.



4. Low-belly leg reach

Targets corset and six-pack. 

Lie faceup with knees bent to 90 degrees, hands behind head, and abs contracted. Keeping knees stacked over hips, lift shoulders and crunch up; inhale and hold for 3-5 seconds.

Exhale and extend legs to 45 degrees; hold for 3-5 seconds while squeezing lower belly. Do 2 sets of 10-15 reps.




5. Teaser





An advanced Pilates-inspired move. Lie on your back with knees bent to 90-degree angles and feet lifted. Tighten abs as you inhale, and lift arms up and back over head.

Exhale and swing arms forward, straightening legs so your body forms a V. If needed, put hands on the floor for support.

Roll down slowly, bending knees and bringing arms overhead. Do 15 reps.


6. Donkey kickbacks 


A killer move that will torch calories as it works your core. 

Kneel on all fours, toes tucked under, keeping your back neutral. Draw your belly in toward your spine as you contract your abs and lift both knees about 2 inches off the ground.

Keeping abs engaged, bring right knee to nose (shown). Then kick right leg straight out behind you, squeezing your butt (shown); keep lower abs contracted and hips facing the ground to protect your back. Repeat 8 times; switch legs and repeat.


7. Advanced leg crunches

A get-ready-for-swimsuit season move from celebrity trainer Eduardo Dias. 
1. Lie on your back with your knees bent and a 3-pound dumbbell between your feet. Place your hands, palms down, beneath your sitting bones.

2. Concentrating on your lower abs, use them to bring your knees in toward your chest while lifting your hips, head, and shoulders slightly. Return to the starting position; that’s 1 rep.

Do 15–30 reps 3–4 times a week; you should see results in 4 weeks.

8. Ana Caban's belly blaster
1. Lie on your back with your knees bent in toward your chest. Hold 1 (3-pound) dumbbell with both hands.

2. Extend your left leg to 45 degrees, keeping your right knee bent. Lift your head and shoulders and move the dumbbell to the outside of your right knee, pressing into a crunch with a twist (shown above).

3. Pull your left leg in to meet your right leg and reach the weight up toward the ceiling, keeping your shoulders and head elevated off the floor. Now repeat step 2, but this time extend your right leg and keep your left knee bent. That’s 1 rep.

Do 8 reps 4 times per week, and you should see results in 3 weeks

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN
AYAM MASAK HALIA

Untuk Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

Cara Penyediaan:
Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
Tips:

Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

KAMBING PANGGANG

Resepi Daging Kambing Panggang
(untuk hidangan 6 orang)

Bahan-bahan :
6 potong daging kambing
6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)

3 sudu sos tiram

3 sudu kicap manis
3 sudu madu

Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara-caranya :
- Sediakan bahan perapan : bawang putih, halia, sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan garam. Gaul rata semua bahan.
- Sapukan bahan perapan pada daging kambing.
- Perap daging selama 2 jam.
- Masak menggunakan oven pada suhu 180 darjah selama 20 - 30 minit / sehingga masak.
- Jika menggunakan pemanggang ajaib, masa diambil hanya 10 - 15 minit.

Diri Saya



NAMA : AZLINA BT AZIZ


ALAMAT PEJABAT :  BAHAGIAN AUDIT SEKOLAH NEGERI KEDAH,
                                    ARAS 1, ZON (A) WISMA PERSEKUTUAN ANAK BUKIT, 
                                    BANGUNAN PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 
                                    06220, KEDAH DARUL AMAN

WARGANEGARA : MALAYSIA

BANGSA : MELAYU

JANTINA : PEREMPUAN

AGAMA : ISLAM

STATUS : BERKAHWIN

TEMPAT LAHIR : IPOH PERAK

NAMA IBU : ROKIAH BT ZAKARIA

NAMA SUAMI : ZAHARI BIN SAHAK

NAMA ANAK :          (1).   MUHAMAD AZRI FIRDAUS (12 TAHUN)
                                           
                               (2).   NUR AFIFAH FARZANA (9 TAHUN) 

                               (3).   MUHAMAD AZRI HAZIQ (2 TAHUN)

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYA :

MEMBINA KERJAYA DALAM BIDANG PENGURUSAN DAN PENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA DAN MASYARAKAT. BERHASRAT MEMBANTU PEMBANGUNAN MODAL INSAN UNTUK BANGSA.

KEKUATAN:

SEORANG YANG BERDISIPLIN DAN TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA, KREATIF, BOLEH BERGAUL DAN BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK SERTA BOLEH BERKERJA TANPA PENGAWASAN DAN BEKERJA SECARA BERKUMPULAN.

KATA-KATA HIKMAH

BARANGSIAPA MERINGANKAN BEBAN ORANG YANG DALAM KESULITAN MAKA ALLAH AKAN MERINGANKAN BEBANNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT....(HR. MUSLIM)

Saturday, 7 November 2015

Kelebihan Dan kebaikan Berjoging

Berjoging merupakan salah satu cara membakar lemak seterusnya dapat menurunkan berat badan sekaligus dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik. Berjogong memang meletihkan badan. Inilah cabaran yang perlu ditempuhi sesiapa sahaja sekiranya baru hendak berjinak-jinak dengan berjoging. Ianya perlu dilakukan secara kerap bukan dijadikan sebagai satu bebanan tapi sebaliknya menjadikan ia satu keperluan kesihatan pada masa akan datang.
Aktiviti ini boleh dijadikan rutin harian atau sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Jangan jadikan masa sebagai alasan sebaliknya carilah masa dan uruskan masa dengan sebaik mungkin agar ada ruang untuk andar melakukan aktiviti yang menyihatkan ini. Kitalah yang mencorak gaya hidup sihat kita sendiri dan manafaat yang diperolehi juga untuk diri kita sendiri.
Pelbagai manafaat boleh diperolehi dari berjoging antaranya saya kongsikan disini seperti berikut:

1. Tahukah anda dengan melakukan aktiviti berjoging mampu membuatkan anda tidur lebih lena dan bangun dalam keadaan tubuh badan yang lebih segar.
2. Sistem pernafasan menjadi lebih baik.
3. Sistem pengepaman darah di dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
4. Berjoging mampu melupakan anda pada tekanan setelah seharian berkerja.
5. Membantu membakar lemak degil yang tidak diperlukan oleh tubuh dan jika anda sedar peluh adalah salah satu hasil tindakbalasnya.



Dapatkan detail lebih lanjut untuk membakar lemak degil dengan pantas sini.


Kelebihan Dan Kebaikan Berbasikal

Berbasikal adalah senaman kardio yang berimpak rendah. Ia boleh dilakukan secara bersantai bersama keluarga sama ada untuk melancong atau bersiar-siar sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Berbasikal mampu membakar 250-500 kalori dalam masa 30 minit bergantung kepada kelajuan dan tahap kesukaran semasa melakukanya. 

Berbasikal adalah baik untuk kesihatan anda antaranya adalah seperti berikut:

1. Mengurangkan berat badan apabila dilakukan secara teratur. Berbasikal meningkatkan penggunaan kalori dan meningkatkan kadar metabolisme, yang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan. 
2. Membaiki kawalan tekanan darah dengan 10/8 mmhg pada pesakit dengan tekanan darah tinggi (Jurnal Farmakologi Kardiovaskular, 1995).
3. Merendahkan kadar jantung berehat. Kadar jantung berehat tinggi telah dikaitkan dengan peningkatan kematian akibat serangan jantung dan peningkatan risiko kematian mengejut selepas serangan jantung pada individu sihat.
4. Menghalang penyakit jantung dan mengurangkan risiko strok.
5. Mengurangkan diabetes.
6. Mengurangkan kanser (contoh: Kanser usus)- Eropah Jurnal Epidemiologi,2000.
7. Mengurangkan kebimbangan, kemurungan dan tekanan.
8. Meningkatkan kekuatan otot.

Sumber:www.consumer.org.my